Saturday, December 21, 2013

Cegah sebelum trlambat...pnuemokokal!!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai semua...smlm are ada trbaca satu artikel yg kwn are share tru her timeline. Bila tgk & baca tajuk artikel tu pun dh tau yg ianya satu perkara yg serious tambah pulak melibatkan pasai anak2! 

اَللّهُ اَكْبَرُ ibu ayah mana yg xsedih bila egat anak hanya demam biasa, ghupanya ada virus bakteria yg selit sama! Yesss yesss yesss sangat pentingnya pengambilan vaksin pnuemokokal atas nasihat doktor pada masa kini. Nowdays byk bakteria baru yg menimpa anak2 kita. 

Are sudah lama tau psai vaksin pnuemokokal ni since Dhia was born lagi! And yessssss jgk, Ery & are dh sepakat utk mengambil vaksin ni tuk anak2 2x dlm time umuq depa 4mths to 13mths. Dhia dh lama disuntik ngan vaksin ni, Emir pulak baru jgk selesai ngan vaksin ni masa umoq dia 5mths ngan 6mths aritu. 
 
Yg are tau vaksin ni hanya boleh diambil dari klinik or hospital swasta ja. So u guys better check wit ur panel doc...better kita cegah sebelum trlambat kan!! 

Tak lupa...pada Erina & husband, salam takziah dari me & Ery atas permergian Aqil... 

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ
---------------------------------------------

Pneumokokal ragut nyawa Akil

Saat indah Erina bersama Aqil. Kini Erina dan suami reda meneruskan hidup tanpa Aqil.


GENAP tujuh bulan Aqil Hamzah meninggalkan kami. Hidup tanpa Aqil Hamzah, pelbagai persoalan diajukan kepada kami. Bagaimana perasaan kami? Bagaimana kehidupan kami? "Tiada ayat yang mampu kami ucapkan untuk menggambarkan perasaan kami. Tapi kami bersyukur, Alhamdulillah, semakin hari kami dapat rasakan yang kami semakin baik. Betul, bila kita meredai sesuatu perkara, ujian daripada Allah, hati kita akan merasa tenang," ujar Erina Asmawani, 29. 

Menurut Erina, dia dan suami tidak menyangka Aqil pergi secepat ini kerana anaknya seorang yang ceria dan aktif macam biasa.

Mengimbau peristiwa April lalu, Aqil diserang demam hingga mencecah 38.3 darjah Celsius.

"Kami membawanya ke sebuah pusat perubatan swasta di Selangor. Doktor menjelaskan Aqil hanya demam dan tekaknya merah sikit. Selepas makan ubat demam dan selesema yang diberikan doktor, demam Aqil kebah tetapi dua hari selepas itu, dia diserang demam lagi," ujarnya.

Erina mula khuatir dan segera membawa Aqil ke hospital dan suhu Aqil kali ini sangat tinggi iaitu 39.7 darjah Celsius.

Selepas ujian darah dilakukan, doktor mengesahkan Aqil tiada jangkitan dan hanya diberikan antibiotik.

"Esoknya, Aqil tak demam tetapi kami perasan dia banyak merengek, tidak mahu minum susu dan kelihatan lemah. Saya dan suami bergilir-gilir cuba menidurkannya tetapi Aqil masih tidak mahu tidur.

"Kami membawanya semula ke hospital. Doktor yang merawat Aqil masa itu hairan kerana Aqil sebelum ini kelihatan aktif. Mereka membuat ujian ke atas Aqil dan mengesahkan kemungkinan ada pneumonia (jangkitan paru-paru).

"Tapi bukan pnuemonia biasa sebab kalau pnuemonia, sel darah tidak berkurang. Aqil kemudian dipasangkan tiub oksigen untuk membekalkan oksigen yang cukup ke dalam badannya," ujar Erina sedih.

Keadaan Aqil lebih kritikal pada keesokannya dan anak kecil Erina terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) menaiki ambulans.

Dengan perasaan sedih dan ketakutan dia memeluk Aqil.

"Air mata memang jadi peneman setia sepanjang di hospital. Tak sanggup tengok keadaan Aqil. Doa saya, cepat sembuh sayang, mama rindu nak tengok Aqil senyum.

"Doktor mendiagnosis Aqil menghidap Lobar Pneumonia akibat jangkitan Streptoccoccus, bakteria yang paling kuat. Pada 3 Mei pukul 5 petang, doktor memanggil saya dan suami lalu memberitahu yang Aqil boleh pergi bila-bila masa sahaja. Akhirnya kami reda dan melepaskan Aqil pergi," katanya teresak-esak.

Peristiwa ini sudah pasti akan sentiasa kekal dalam ingatan Erina dan dia mahu setiap ibu bapa mempunyai kesedaran tentang penyakit pneumokokal (PnD). Nasihatnya, ibu bapa perlu menyedari kesan penyakit dan keperluan untuk mendapatkan vaksin dalam usaha melindungi anak-anak daripada bahaya PnD.

"Saya berkongsi cerita ini supaya ibu bapa dan semua pihak sedar tentang keperluan vaksin ini. Saya menyesal kerana pada awalnya, memang saya berniat untuk memberi vaksin ini pada Aqil.

"Malangnya, seorang jururawat di hospital berkenaan memberitahu saya bahawa vaksin ini tidak penting. Menyesal tiada gunanya, tetapi bagi anda mungkin boleh mengambil langkah pencegahan awal. Mungkin dengan memberi vaksin, anak anda boleh dirawat segera dan menyelamatkan nyawanya," katanya.

Dalam pada itu, sebanyak 18,853 tanda tangan telah berjaya dikumpulkan menerusi Kempen Ya Kepada Perlindungan Daripada

 Penyakit Pneumokokal (PnD) sempena Hari Pneumonia Sedunia, baru-baru ini.

Kempen yang mendapat sokongan pakar pediatrik dan pengamal perubatan di seluruh negara itu dimulakan oleh Parenting2U, sebuah program kendalian ibu bapa; Pakatan Strategik Asia bagi Pencegahan Penyakit Pneumokokal (ASAP) dan Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA).

Penganjur memaklumkan, kempen tersebut bertujuan menyeru kerajaan Malaysia menyediakan vaksin pneumokokus kepada semua kanak-kanak di negara ini dengan merangkumkan vaksin ke dalam Program Pelalian Negara (PPN).

Tanda tangan tersebut telah dipamerkan di Tropicana City Mall sebagai menyuarakan sokongan masyarakat terhadap kempen itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131215/ke_03/Pneumokokal-ragut-nyawa-Akil#ixzz2o3spBQdI 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: